Wednesday, December 29, 2010

dia sudah tua

As'Salam..

dia lahir semasa aku masih di bangku sekolah, darjah dua..
ibunya bukan berasal dari daerah ini..tetapi tidak berapa jauh..daerah yang digelar orang, Kluang..
dia tak pernah tahu siapa ibunya atau bapanya mahupun tempat asalnya..
kasihan, tapi dia tabah meneruskan hidup tanpa menghiraukan asal usulnya..
menurutnya..hidup mesti diteruskan..

semasa mudanya..
umpama bunga dengan pesona yang sangat menawan, dia membuatkan banyak kumbang jatuh hati kepadanya..
kumbang-kumbang sekalian berebut-rebut untuk memenangi hatinya sehingga banyak berlaku pertumpahan darah..
percayalah..berbelas-belas kali atau mungkin mencecah puluhan angka,dia memadu asmara..
dan perutnya tidak pernah kosong tanpa mengendong zuriat..
namun ilmu keibuan di dadanya sangatlah kurang..
akibatnya banyak zuriatnya mati kelaparan..puluhan telah terkorban..

pernah,ibuku sudah tak sanggup melayan karenahnya dengan zuriat-zuriatnya yang tidak terjaga,
lalu mengusirnya ke hujung kampung, jauh dari kediamanku..
beberapa hari tanpanya, terasa juga kekurangan dan suasana melankolik namun itulah hakikat kehidupan..
setiap permulaan pasti ada pengakhiran..aku terima..
namun seminggu kemudian,tanpa aku menjangka,dia pulang..
entah bagaimana dia menemui jalan pulang ke rumah ini meskipun dia telah dibuang ke tempat yang asing dan terpencil..
mungkin dia meletakkan bug pengesan di kereta bapaku sebelum dia ditinggalkan..
semasa kepulangannya,telah susut tubuhnya..ibuku kasihan melihat kondisinya..
lalu menerima dia kembali dalam keluarga kami..
namun tabiatnya kerap memadu asmara tetap tidak berubah..

kini,ketika aku berusia 19 tahun, dia pula berumur 11 tahun..
dia sudah tua, namun belum mengenal erti uzur..
sebulan lalu dia baru sahaja melahirkan dua zuriat yang entah kali keberapa puluh..
hanya satu daripada dua zuriatnya itu terselamat daripada kematian akibat kecuaian ibunya..

aku pula, dengan tak sengaja telah menambah beban dia..
mempertanggungjawabkan dia untuk membesarkan dua lagi anak angkat yang langsung tak diketahui riwayat hidup mereka itu..
mujurlah usia tuanya menumpulkan derianya untuk mengecam zuriat-zuriat itu bukan hasil kandungannya..

kesudahannya dia kini terpaksa membesarkan tiga zuriat berlainan keturunan tetapi hampir sebaya itu..
anak kandungnya..dinamakan jebat..
anak angkat pertamanya dinamakan tuah..kerana anak ini sangat bertuah kerana seorang insan yang kasihan telah menemuinya kehujanan dan tidak didampingi ibu mahupun adik-beradik,di tapak pembuangan sampah pula tu..
anak angkat keduanya dinamakan lekir..tapi di gelar kiki..kerana lekir sangat sukar disebut..

aku harapkan, ketiga-tiga zuriat ini bagaikan pahlawan, mampu bertarung dengan segala cabaran untuk meneruskan hidup mereka..
dan dia, aku amanahkan untuk membimbing serta membesarkan anak-anak tersebut..
semoga kepulangan aku yang akan datang pada tahun baru cina bakal disambut oleh anak-anak ini dalam keadaan sihat belaka..
apa-apa pun aku harap kau jaga anak-anak kau baik-baik ya mimi!!

Tuesday, December 28, 2010

crap


As'Salam..

heyyo..people all over the world..
i could be chasing but my time will be wasted..
you got nothing on me.

you might say hi..
and i might say hey..
but i shouldn't worry about what you say..
because you got nothing on me.
feel me?crap

if winning meant so much to you then don't be so careless..
if getting across the road meant so much to you then care to look left and right before crossing it..
or else you'll only get "BAMM!!"
and watch your foot too, for you might stumble on your own.. :P


it's fun though to follow up such a screw up play..
wondering how far it will be going..
but such an obvious flaw..oh come on?
grow up..

Wednesday, December 22, 2010

tagged by shida

As'Salam..

here's my answer..:)

Apa benda paling penting dalam hidup anda?
-knowledge

Benda terakhir korang beli pakai duit sendiri?
-tiket filem tron legacy 3d

Di mana tempat korang nak melangsungkan perkahwinan & apa tema perkahwinan korang?
-di negeri johor, sederhana tapi bermakna

Adakah korang sedang bercinta sekarang?
-tolonglah tanya soalan yang anda tak tahu, sayang..:D

Berapa lama lagi korang akan mencintai kekasih korang?
-as long as i kept my sanity

Novel/buku/majalah yang terakhir korang beli?
-digital camera magazine & men's fitness

Antara mak ayah korang, mana korang lebih mesra?
-mama:)

Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
-batrisyia

Adakah korang basuh baju sendiri?
-ya;mesin

Dimanakah tempat yang korang betul2 nak pergi?
-syurga

Pilih salah satu, peluk atau cium?
-peluk; pelukan mampu membuat saya melupakan segala masalah (at least for a moment)

Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda.
1.dia seorang gadis
2.zodiak kami sama - tapi kami tidak bergantung padanya
3.saya akan dewasa bersamanya

Benda yang paling korang sayang dalam hidup korang?
-diri sendiri

5 lagu yang korang suka and selalu dengar.
maher zain - open your eyes, owl city - saltwater room , hot air balloon , vanilla twilight , chromeo - fancy footwork , mocca - i remember

5 blogger yang dipertanggungjawab untuk jawab tag ini.
-pass

Tuesday, December 14, 2010

encik

As'Salam..

saya pernah ada seorang ayah.
namanya Zainal bin Mohd Yunos, Allahyarham..
semua orang menggelar beliau Pak Tam atau Tam Zainal, mungkin kerana kulitnya yang agak gelap..
namun keluarga saya memanggil beliau "encik".

semua orang pelik bila mendengar adik-beradik saya memanggil encik..
mereka tanya, "kenapa panggil encik, bukan abah atau ayah?"
kami yang tak jelas hanya mampu menjawab, "entahlah, memang sejak kecil dah panggil encik macamtu"
hakikatnya kami sendiri tak ingat kenapa dan sejak bila kami mula memanggilnya encik.

kerjaya terakhir encik ialah seorang tukar masak, chef atau lebih tepat, caterer..
encik sangat terkenal dengan masakan nasi baryani dan mi rebus jawa..
orang selalu cater masakan nasi baryani encik untuk majlis wedding atau perasmian apa-apa..
bahkan perasmian pembinaan bangunan Billion di Pontian oleh syarikat Rampai Maluri juga menggunakan khidmat catering encik..
saya masih ingat betapa bisingnya mama apabila rumah bersepah angkara persiapan encik menyediakan masakan nasi baryaninya.

kerjaya encik yang lain sepertimana yang saya pernah dengari ialah seorang kelasi kapal..
kebenarannya dapat dibuktikan dengan koleksi wang syiling asing yang banyak sehingga encik menjadi pemegang rekod "pengumpul wang syiling antik asing terbanyak" di Malaysia..
encik turut mempunyai koleksi setem negara asing yang banyak dan diperturunkan kepada saya..
sebagai anak,saya sangat berbangga dengan pencapaian encik..
selain itu, encik pernah berkhidmat sebagai dalam RAMD-rejimen askar melayu diraja sebagai tukang masak..
encik juga merupakan seorang pengamal perubatan tradisional.

encik sangat peramah orangnya..
apa yang saya pasti, encik mempunyai sangat kurang musuh melainkan mereka yang dengki pada pencapaian encik..
sebaliknya encik mempunyai sangat ramai kenalan..
semasa kecil dahulu, ke mana sahaja saya ikut encik pasti ada orang yang menyapanya..
namun apa yang saya selalu dengar..
"Pak Tam! bawa cucu jalan-jalankah?"

mereka sering tersalah anggap saya ialah cucu encik..
sebabnya, encik memang kelihatan lebih tua dan sepatutnya menjadi datuk saya berbanding bapa saya..
tanggapan pertama orang yang melihat pasti begitu.

itu tak pelik..
sebab saya ialah anak bongsu encik..
anak bongsu daripada isteri ketiga encik iaitu mama saya..
namun mama saya tidaklah dimadukan..
encik telah bertahun-tahun mentalakkan isteri pertama dan keduanya sebelum bertemu dengan mama saya dan mendirikan rumahtangga.

sejak saya lahir, saya menyaksikan jatuh-bangun encik dalam perniagaannya..
semasa saya lahir, encik masih mengusahakan kedai makannya di persimpangan kayu ara pasong..
dahulunya rumah saya dan kedai makan encik di situ namun sekarang hanya tinggal belukar.

seterusnya pada usia saya 3-4 tahun, kami berpindah ke Parit Ibrahim di mana saya menetap sehingga sekarang..
pada masa itu encik dan mama berjaya meraih tender kantin SK Pontian Besar..
pada usia 5 tahunlah saya berkenalan dengan Aniq, cucu seorang guru besar sekolah agama sesi petang di sekolah tersebut..
saya menghabiskan setahun dalam darjah 1 di SKPB tersebut..
kemudian saya dipindahkan ke SK Tengku Mahmood Iskandar 1 sebaik sahaja tender kantin encik tamat.

pada usia lapan tahun itu, encik mengusahakan sebuah restoran di jalan Johor iaitu Restoran Medan Ko-op..
kami sekeluarga tinggal di restoran itu dan hanya kadangkala pulang ke rumah pada waktu malam..
perniagaan encik disitu awalnya laris namun angkara hasad dengki pesaing encik, perniagaannya tak kekal lama juga..
saya tak berniat nak bersangka buruk tapi memandangkan ini belog saya, saya menuduh keluarga Muslim yang mengusahakan restoran Thaj selang sebuah kedai dari restoran encik yang menganiaya encik.
pada satu malam ada orang ketuk pintu belakang restoran itu, kami sekeluarga tidak menjangkakan apa-apa membiarkan sahaja encik membuka pintu itu untuk memeriksa..
selepas pintu dibuka encik mendapati tiada sesiapa di luar..
setelah kejadian itu encik jatuh sakit, perniagaan mulai merosot akhirnya menyebabkan encik terpaksa gulung tikar lagi.
saya tidak mengerti apa-apa pada waktu itu..
saya sangka semua itu perkara biasa yang berlaku pada orang dewasa.
naif sungguh.

pada usia saya 9 tahun encik mengusahakan sebuah kedai makan kecil di tepi laut..
lokasinya ialah kedai pertama antara deretan kedai di hadapan kedai Monggo Mampir di tepi laut Pontian..
saya masih ingat encik mengecat kedai itu dengan warna hijau petronas pada waktu itu..
encik mengusahakan kedai itu dengan abang tiri saya..
perniagaan disitu sederhana..seterusnya diserahkan sepenuhnya pada anak lelakinya itu.
beberapa bulan kemudian, kedai itu juga lingkup.

selepas itu encik membuka kedai bersama adik-beradik tiri saya di Pontian Besar, iaitu di rumah bekas isteri pertama encik, berdekatan klinik haiwan..
kedai makan itu mengalami turun-naik dalam beberapa bulan dan semakin maju..
seterusnya diserahkan jua kepada anak-anaknya..
apa berlaku selepas itu saya tak pasti tapi yang saya tahu kedai itu sekarang ialah kedai Tomyam seafood yang on-off.

seterusnya encik joinventure dengan sahabat lamanya pakcik Ehsan mengusahakan sebuah kedai makan bersebelahan jambatan parit semerah..
mama dan isteri pakcik Ehsan menjadi pembancuh air..
saya pula menjadi penyibuk selalu datang ke kedai itu tolong basuh pinggan kadangkala..
pada tahun itu jugalah saya dikhatankan iaitu pada hujung usia 10 tahun..
saya berkenalan dengan cucu pakcik Ehsan bernama Yati, dia juga yang temankan saya masa berkhatan..sangat segan sebenarnye sebab saya menangis masa bius dah habis..
sekarang Yati dah membesar menjadi seorang gadis yang sangat cantik dan Alhamdulillah last saya jumpa masa belajar motor di Bentara Harung, dia bertudung.
habis cerita fasal Yati..
kedai yang diusahakan itu sangat maju..
setiap pelanggan yang datang merasa mi jawa encik mesti kembali lagi membawa pelanggan baru..
saya juga tidak ketinggalan, sehari selepas berkhatan saya sudah kembali ke kedai itu menjamu mi jawa encik sebagai lunch seperti hari-hari sebelumnya..

namun kesenangan tidak bertahan lama..
pasti ada hati yang tidak senang..
menantu pakcik Ehsan tiba-tiba menuntut hak atas perniagaan itu kerana kedai itu didirikan di atas tanahnya walhal pada mulanya dia membenarkan mertuanya, pakcik Ehsan mendirikan kedai di situ tanpa sebarang syarat.
apa boleh buat, perniagaan itu terpaksa diserahkan kepada menantunya yang tamak itu..
encik pula lagilah tak mampu berkata apa-apa.

sepanjang itu sehingga tingkatan 1-2, encik tidak bekerja..
hanya mama yang bekerja sebagai jurupam di Petronas yang menyara kami sekeluarga..
mama selalu bekerja lebih masa untuk mendapat duit lebih..
mujur saya dapat menggembirakan mama sedikit dengan layak ke SMK Dato' Penggawa Barat.

dalam tingkatan 2, encik membeli sebuah gerai tolak dan ditempatkan di bawah pokok kelapa di hadapan rumah saya..
dengan duit simpanan yang ada, encik membeli set kerusi dan meja 2nd hand..
encik juga menambak kawasan bawah pokok kelapa itu dengan simen..
mama berhenti kerja sebagai jurupam untuk membantu encik di gerainya yang serba sederhana itu.

setiap hari encik menyediakan mi jawa dan mama membancuh air..
pelanggan tidaklah seramai kedai makan yang lain, memandangkan kerusi meja yang ada pun sangat terhad..
namun kami amat bersyukur berjaya memenangi hati beberapa pelanggan tetap yang sudi datang setiap hari..

encik sedaya upaya membekalkan mi jawa yang sedap kepada pelanggan..
kuah mi jawa sentiasa dihangatkan sebelum dihidangkan..
encik sanggup biarpun terpaksa mengerah kudrat tuanya memikul tong gas dari rumah ke gerai..

sehinggalah satu hari tiba..
encik tersilap cara memikul tong gas itu..
encik mengadu bahunya sakit..kami sangka itu sakit biasa..hari itu kedai beroperasi seperti biasa..
esoknya encik mengadu sakit badan sehingga tak mampu bangun apatah lagi memasak..
bermula hari itu, perniagaan encik berakhir..
kami membawa encik ke hospital, encik di tahan di wad lebih seminggu..semasa dilepaskan, doktor tidak mengkhususkan encik dengan sakit apa-apa melainkan sakit tua..
encik terus terlantar sakit di rumah dan semakin lemah..tubuh encik semakin kurang isi..
lama..beberapa bulan..mama setia menjaga encik..
selama itu kami hidup hanya bergantung pada belas ihsan kenalan-kenalan encik yang datang menjenguk..
sangat kurang kelibat saudara-mara yang datang.

sekian lama encik terlantar, saya tidak menjangka hari itu akan tiba..
pada hari Rabu, 5 April 2006 saya berkayuh basikal ke sekolah seperti biasa, tak menjangkakan apa-apa..
jam 8.30 pagi, kelas matematik cikgu Raihani, seorang warga pejabat SMKDPB mengetuk pintu kelas untuk berjumpa saya..
beliau mengkhabarkan mama menelefon memanggil saya pulang,itu sahaja.
saat itu saya tergamam.
setelah berkemas barang saya tak memandang sesiapa terus keluar dari kelas itu, berkayuh pulang..
berderai air mata.

hari itu benar tiba..

saya kesal..
saya tiada disisi encik semasa encik menghembuskan nafas terakhir..
saya belum sempat kenal benar dengan arwah encik..
saya tak sempat merasa bagaimana kehidupan meningkat dewasa ditemani ayah..

encik, ampunkanlah dosa-dosa saya sejak saya dilahirkan sehingga hujung hayat encik..
saya akan tetap mengingati encik dalam setiap solat saya..
saya sangat senang hati bila mama beritahu encik sempat mengucapkan 2 kalimah Syahadah..
saya harap encik ditempatkan bersama orang-orang yang dikasihi Allah..
Innalillahiwainna'ilahirojiun..amin.


-Alfatihah, Zainal bin Mohd Yunos-
1935-2006

Monday, December 13, 2010

food

As'Salam..

right now i'm not starving..
but i'm really craving for tasty-looking-food i just saw on tumblr.

how creative human could be to make others terliur..T.T

most of them looks sweet..
and i just made a promise to myself to not let myself consuming sweet things much in the future..
i don't want to harm myself with too much pleasure.

Friday, December 10, 2010

As'Salam..

dah tengok result..
fine..i deserve it.

i expected worst though..
i regretted the first for taking lightly.
i've done well in the second.
i barely survive the third.
seems a lot to improve on the fourth.

and i'm sorry dear..
so sorry.

improvement needs a lot of sacrifice..
i think we both do need.

i love us and i want the best for us..

baby, thank you for holding my back eventhough i'm not quite good..

mama, i'm sorry for not capable of making you proud this time..
i promise the next i'll give better shots.

thank you everyone for your concern!

hari yang ceria!!:DD

Tuesday, December 7, 2010

As'Salam.

i just want you to know, a day without you is empty.
time flies really slow when you're not around.
so today b pasrah we can't meet.=(

kelmarin saya sangat teruja bila tahu hari ini kamu cuti.
lagi2 ada kemungkinan kita akan pergi jumpa bumblebee!

tapi malam tadi saya diberitahu hari ini kamu akan meluangkan masa esok bersama kawan2 sekolah.
tak apa lah,lagipun kamu memang dah lama tak jumpa mereka.
sampai kawan kamu siap pernah call saya tanya kamu dekat mana, kenapa tak angkat call dll.
apa yang saya harapkan kamu akan gembira sepanjang hari.:)

kita dah cuba jumpa dengan merancang pergi jogging bersama2, tapi tak juga berjalan lancar.

kita dah cuba merancang untuk berjumpa pada lewat hari tapi tak juga kesampaian.

kesudahannya, saya menghabiskan masa hari ini di pos mama-marathon siri proposal daisakusen sampai habis;memandangkan ketiadaan internet.

apa2 pun saya sangat gembira sebab hari kamu berjalan dengan baik.=D

Sunday, December 5, 2010

i'm a happy guard

As'Salam..

hua3..all this while all i do is being a guard..a happy guard!
my mom went to another guard post meeting her colleague so i took over her job temporarily..=D
but i'm happy..

Saturday, December 4, 2010

wandering the weekend..

As'Salam..

today-a weekend started with cloudy skies. well that's fine. i'll go on wandering the day hoping today is another great weekend i have.

we'll meet right after this strolling the town coz i'm looking for another zipper top.
what a demand!n.n

yeah we went out as decided. i got my zipper top as desired.

isn't it nice if i have a new bag..?-i asked.
suddenly syg came up with this idea,
yeah, unexpectedly we went to Umall to call the day a shopping day..=..=
i bought a bag. quite striking pattern-stripey! but i like!=D

we went to see her office, quite simple-not as imaginary^^

later we stuffed our empty tank at the all-new-Pontian-Marybrown!!(or is it Merrybrown?)

all in all,thank you for great another weekend dear!=)

Friday, December 3, 2010

Daddy's back!!

Refurbishing the blog towards simplicity..

Kepada awok terima kasih memberi semangat pada saya membelog semula..sebab saya jealous tengok awok constant saja update..

Dan maybe sebab saya tak tahu apa lagi boleh di buat dengan internet bila ia percuma..
Saya duduk online sampai sakit tengkuk tapi tak tahu apa yang saya dah lakukan untuk menghabiskan masa hari ini..

Dan semoga saya rajin update belog ini setiap hari bermula hari ini..
Today seems tak ada apa-apa yang menarik akan berlaku sehingga lewat petang..

By the way Cai Guo Qiang's works really awesome!