Wednesday, December 29, 2010

dia sudah tua

As'Salam..

dia lahir semasa aku masih di bangku sekolah, darjah dua..
ibunya bukan berasal dari daerah ini..tetapi tidak berapa jauh..daerah yang digelar orang, Kluang..
dia tak pernah tahu siapa ibunya atau bapanya mahupun tempat asalnya..
kasihan, tapi dia tabah meneruskan hidup tanpa menghiraukan asal usulnya..
menurutnya..hidup mesti diteruskan..

semasa mudanya..
umpama bunga dengan pesona yang sangat menawan, dia membuatkan banyak kumbang jatuh hati kepadanya..
kumbang-kumbang sekalian berebut-rebut untuk memenangi hatinya sehingga banyak berlaku pertumpahan darah..
percayalah..berbelas-belas kali atau mungkin mencecah puluhan angka,dia memadu asmara..
dan perutnya tidak pernah kosong tanpa mengendong zuriat..
namun ilmu keibuan di dadanya sangatlah kurang..
akibatnya banyak zuriatnya mati kelaparan..puluhan telah terkorban..

pernah,ibuku sudah tak sanggup melayan karenahnya dengan zuriat-zuriatnya yang tidak terjaga,
lalu mengusirnya ke hujung kampung, jauh dari kediamanku..
beberapa hari tanpanya, terasa juga kekurangan dan suasana melankolik namun itulah hakikat kehidupan..
setiap permulaan pasti ada pengakhiran..aku terima..
namun seminggu kemudian,tanpa aku menjangka,dia pulang..
entah bagaimana dia menemui jalan pulang ke rumah ini meskipun dia telah dibuang ke tempat yang asing dan terpencil..
mungkin dia meletakkan bug pengesan di kereta bapaku sebelum dia ditinggalkan..
semasa kepulangannya,telah susut tubuhnya..ibuku kasihan melihat kondisinya..
lalu menerima dia kembali dalam keluarga kami..
namun tabiatnya kerap memadu asmara tetap tidak berubah..

kini,ketika aku berusia 19 tahun, dia pula berumur 11 tahun..
dia sudah tua, namun belum mengenal erti uzur..
sebulan lalu dia baru sahaja melahirkan dua zuriat yang entah kali keberapa puluh..
hanya satu daripada dua zuriatnya itu terselamat daripada kematian akibat kecuaian ibunya..

aku pula, dengan tak sengaja telah menambah beban dia..
mempertanggungjawabkan dia untuk membesarkan dua lagi anak angkat yang langsung tak diketahui riwayat hidup mereka itu..
mujurlah usia tuanya menumpulkan derianya untuk mengecam zuriat-zuriat itu bukan hasil kandungannya..

kesudahannya dia kini terpaksa membesarkan tiga zuriat berlainan keturunan tetapi hampir sebaya itu..
anak kandungnya..dinamakan jebat..
anak angkat pertamanya dinamakan tuah..kerana anak ini sangat bertuah kerana seorang insan yang kasihan telah menemuinya kehujanan dan tidak didampingi ibu mahupun adik-beradik,di tapak pembuangan sampah pula tu..
anak angkat keduanya dinamakan lekir..tapi di gelar kiki..kerana lekir sangat sukar disebut..

aku harapkan, ketiga-tiga zuriat ini bagaikan pahlawan, mampu bertarung dengan segala cabaran untuk meneruskan hidup mereka..
dan dia, aku amanahkan untuk membimbing serta membesarkan anak-anak tersebut..
semoga kepulangan aku yang akan datang pada tahun baru cina bakal disambut oleh anak-anak ini dalam keadaan sihat belaka..
apa-apa pun aku harap kau jaga anak-anak kau baik-baik ya mimi!!

No comments:

Post a Comment